Tentang Saya

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana melayari laman web Systcare. Serba sedikit mengenai saya.

Saya merupakan seorang eksekutif di salah sebuah syarikat telekomunikasi di dalam negara. Masih lagi bekerja buat masa ini. Saya cinta kerjaya saya tetapi saya tahu anak lagi perlukan saya di sisi di saat dia sedang membesar. Jadi saya mula mencari alternatif seandainya satu hari nanti saya sudah bersedia untuk tinggal bersama-sama dengannya di rumah.

 

Bagaimana saya kenal Shaklee?

Saya kenal Shaklee ketika saya sedang mencuba untuk mendapatkan zuriat. Waktu itu saya dan suami dah mencuba macam-macam cara termasuklah perubatan moden, perubatan Islam mahupun produk-produk untuk mendapatkan zuriat tapi kami ditakdirkan masih belum mendapat cahaya mata.

Disaat saya dan suami mencuba produk Shaklee, sebenarnya saya dah sampai tahap dah tak larat nak mencuba dan redha je jika takde anak. Sempat jugalah saya beritahu suami yang saya izinkan dia untuk kahwin lagi jika ditakdirkan saya tak boleh memberikannya zuriat. Sedih pulak bila ingat-ingat semula… sob(3x)

Produk pertama yang saya cuba adalah GLA Complex sebab saya ada masalah period cycle yang tidak tetap dan senggugut. Selepas mencuba GLA Complex dalam 2 bulan, saya dapati senggugut saya semakin berkurangan. Jadi, saya ambil keputusan untuk ambil set kesuburan. Tahu tak apa yang ada dalam set kesuburan Shaklee? Vitamin C, Vitamin E dan B Complex. Sebenarnya ianya juga adalah keperluan orang biasa. Tapi orang yang berusaha untuk mendapatkan zuriat lebih-lebih lagi perlukan ini untuk membantu meningkatkan kesuburan dan meningkatkan peratusan untuk mendapatkan zuriat.

Setelah mengamalkan produk Shaklee selama 9 bulan, saya dikhabarkan berita gembira pada bulan yang ke 10 iaitu pada ulangtahun perkahwinan saya yang ke 5.

 

Berbaloi ke menunggu sampai 10 bulan?

Bagi saya berbaloi sebab saya bukan sahaja mendapat apa yang saya nak. Tapi saya dapat kesan sampingan yang lain. Vitamin C & Vitamin E juga untuk kulit, jadi dengan mengambil secara konsisten masalah jerawat belakang badan saya juga hilang dan pori-pori di muka juga menjadi semakin halus. Ha, seronok kan. 3 in 1.

 

Kenapa saya memilih Shaklee sebagai perniagaan?

Ada beberapa sebab mengapa saya memilih Shaklee. Antaranya :-

  1. Kerana saya sendiri menggunakan produk Shaklee dan ia telah membantu saya dapat apa yang saya nak. Dengan berkongsi tentang manfaat produk Shaklee mudah-mudahan saya dapat membantu orang lain untuk sama-sama mendapat manfaat dari produk yang bagus.

  2. Ini yang paling saya suka tentang Shaklee.

Shaklee merupakan syarikat yang membekalkan vitamin semulajadi yang pertama dan masih kekal sehingga ke hari ini. Sehingga ke tahun 2015 ini, usia vitamin pertama Shaklee adalah yang ke 100 tahun. Setiap produk yang dihasilkan oleh Shaklee dirumus khusus untuk meningkatkan kesihatan, dengan rumusan yang terbukti berkesan dan tidak memudaratkan alam sekitar. Setiap produk Shaklee telah diuji secara klinikal dan secara semula jadi selamat dan terbukti berkesan. Shaklee mempunyai lebih 100 laporan saintifik; 90 daripadanya diterbitkan di dalam journal saintifik bagi rujukan para saintis.
  1. Lebih 50 produk Shaklee telah dipatenkan. Ini bermakna produk-produk Shaklee tidak boleh ditiru oleh mana-mana pihak lain.

  2. Dengan kebanjiran pelbagai produk tiruan menyukarkan kita sebagai pengguna untuk mengenalpasti produk yang tulen. Walaubagaimana, dengan Shaklee, anda pasti akan mendapat produk yang original kerana setiap Shaklee Independent Distributor akan mendapatkan produk terus daripada pihak Shaklee sendiri tanpa kehadiran orang tengah.

  3. Shaklee telah bertapak di Malaysia lebih 20 tahun dan telah lebih 50 tahun menghasilkan produk semula jadi yang selamat dan terbukti berkesan.

  4. Tiga jaminan Shaklee – Ia sentiasa selamat, ia sentiasa berkesan, dan ia sentiasa mesra alam. Ini adalah jaminan daripada pihak Shaklee sendiri kepada setiap penggunanya. Setiap produk Shaklee dijamin tidak mempunyai campuran bahan kimia berbahaya.

Cukup lah 6.

Inilah sebab-sebab kenapa saya pilih Shaklee. Bukan kerana ia company dari US. Tapi sebab khasiat yang ada pada produknya.

Salam Kenal,
Suriana

 

picture-488

Advertisements