Pengalaman Trying To Conceive (TTC)

Lama tak menggunakan ayat ni. Trying to conceive. Kalau ingat semula saat-saat ni memang menguji kesabaran. Lebih kurang 4 tahun saya dan suami berTTC. Lama kan… Tak lama sebenarnya. Sebab ada lagi yang lebih lama. Tapi, lama atau tak bukan ukuran. Yang penting usaha. Macam-macam kami usaha dan macam-macam kami lalui. Tapi tahu tak? Di  saat nampak double line hilang segala duka yang kami lalui sebelum tu.

Saya nak share sikit apa yang buat dalam tempoh saya berTTC dulu. Saya juga ada menulis di blog personal saya tapi agak panjang pulak ceritanya. Tapi kalau nak baca sila klik link ini . –> 5 tahun dan trying to conceive

Di sini, saya make it short. Straight to point.

Dalam tempoh berTTC, antara apa yang saya dan suami cuba adalah :

  1. Berurut. Saya lah yang berurut tu. Pantang dengar tempat berurut yang bagus kami akan pergi tak kira lah kat mana pun. Saya pernah berurut di Bukit Tinggi, Sumatera juga tau. Jauh tak? Tapi berurut di sana sebab kebetulan saje sebab kami memang berjalan-jalan di sana waktu tu. Bila pak supir tahu kami belum ada anak, dia cadang kami berurut dengan bidan kat sana. Katanya dah ramai yang dapat anak lepas berurut dengan bidan tu. Kami pun folo je lah. Mana tahu ada rezki kan?

  2. Jumpa ustaz/kiai jika ada gangguan. Kadang-kadang makhluk Allah yang satu lagi tu juga boleh menyebabkan kesukaran mengandung. Ini pun banyak tempat juga kami pergi. Di Melaka, Rawang, Darul Shifa’, Kajang dan a few tempat lain.

  3. BBT – tak konsisten.

  4. Ambil pemakanan tambahan/vitamin. Di sini lah perkenalan saya dengan Shaklee. Sebelum tu saya agak susah nak konsisten ambil ubat atau vitamin. Tapi dengan Shaklee saya boleh bertahan.

  5. Check dengan doktor/gynea. Husband takde masalah. Cuma saya yang tak subur sebab hormon tak stabil. Hormon ape saya tak ingat. Saya mempunyai masalah dengan kitaran haid yang tidak teratur. Kitaran haid yang terlalu panjang pada waktu-waktu tertentu menyebabkan hormon tersebut rendah yakni meningkatkan ketidaksuburan dan menyukarkan peratusan kehamilan. Tapi jangan risau, hormon boleh diperbetulkan dengan mengambil pemakanan yang seimbang/berkhasiat dan supplement tambahan. Cuma kita perlu konsisten. Saya ambil GLA Complex dari Shaklee untuk mengatasi masalah ini dan masalah PMS/senggugut yang saya alami bertahun-tahun.

  6. Mencuba pelbagai petua. Banyak juga petua saya cuba tapi yang saya rasa logik lah. Kadang-kadang ada juga petua yang pelik-pelik. Jadi pandai-pandai la tapis sebelum nak buat.

  7. Jangan stress. Ini lebih kepada si isteri. Sebab stress boleh memberi kesan kepada ketidakstabilan hormon. So, keep calm. Memang kadang-kadang stress dengan orang sekeliling. Saya pun macam tu. Tapi lepas tu cepat-cepat amik mood semula dan letak jauh-jauh stress tu. Biar lah mereka-mereka nak cakap ape.

  8. Jaga makan. Elakkan makan  junk food & fast food. Sekali sekala tu boleh la jika betul2 teringin. Sebab kita tak sama seperti orang lain. We are special. Banyak yang kita perlu jaga.

  9. Lakukan sesuatu yang menghiburkan hati. Apa yang menghiburkan hati kami? Travel. Tahun 2013 terutamanya memang banyak kami travel. Saje-saje seronok. Lagipun takde anak lagi kan? Jadi langkah lebih ringan.

Pada awal-awal TTC saya akui saya agak cepat putus asa, sensitif dan stress, tambahan jika ada kata-kata orang sekeliling yang bermacam-macam. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana orang tua saya dan mertua tidak pernah bercakap yang bukan-bukan berkenaan anak dengan kami suami isteri. Suami juga tidak pernah membuatkan saya stress bila berbicara berkenaan zuriat dan kami sangat enjoy masa-masa kami bersama. Sebaliknya, yang banyak memberikan tekanan adalah apabila berada dengan orang sekeliling. Tidak semua begitu tetapi segelintir.

Saya biarkan kata-kata yang tidak membina berlalu begitu sahaja dan kumpul kekuatan pada diri sendiri untuk terus berusaha dan berusaha. Apa yang sering saya katakan pada diri sendiri adalah “Allah lebih mengetahui masa yang sesuai untuk saya dan suami mempunyai zuriat. Dia memberikan ujian ini kepada saya kerana Dia tahu saya mampu untuk menghadapinya. Dan Dia mahu mendengar rintihan saya dan ingin saya lebih dekat dengan-Nya. Ujian yang diberikan kepada saya ini mungkin tidak seberat ujian yang diberikan kepada orang lain. Jika mereka boleh menghadapinya, kenapa tidak saya.”

So, selamat berTTC kepada yang berTTC. Semoga apa yang saya kongsikan memberi manfaat. Kenapa saya kongsi cerita ni? Sebab saya juga sedang berTTC untuk kali kedua sekarang ni. Semoga ada rezki kami. Amin…

 

Salam ceria,

Suriana

Advertisements