Susu Ibu Jadikan Anak Lebih Bijak

Menyusukan bayi sendiri memang menjadi impian setiap  ibu. Siapa yang taknak susukan anak sendiri kan? Tapi tahu tak ada juga ibu yang tidak mahu menyusukan bayi mereka. Antara sebabnya, kurang ilmu pengetahuan tentang kebaikan susu ibu itu sendiri. Selain daripada itu, mudah terpengaruh dengan iklan-iklan dari pengeluar susu formula yang mempromosi produk mereka, sehinggakan ibu merasa susu formula adalah lebih baik. Malah, ada juga ibu yang tidak selesa apabila menyusukan anak mereka. Walau bagaimanapun, masyarakat kita hari ini sudah ramai yang sedar akan kepentingan susu ibu kepada bayi. Buktinya, ibu-ibu pada zaman ini sudah mula berusaha dengan sehabis baik untuk menyusukan bayi masing-masing termasuk ibu-ibu yang bekerja.

 

Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi yang baru lahir. Malah, Islam menggalakkan pemberian susu ibu sehingga anak berusia 2 tahun. Jika ibu tidak dapat menyusukan bayi, Islam menggalakkan pencarian ibu susuan seperti mana yang dilakukan oleh keluarga junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Susu pertama yang berwarna kekuningan yang lebih dikenali sebagai kolostrum mempunyai khasiat yang sangat tinggi iaitu mengandungi protein tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Susu ibu juga mengandungi antibodi (immunoglobulins) yang tinggi serta lebih sel darah putih (leucocytes) yang mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selsema, bronkitis dan radang paru-paru. Ini menjadikan bayi yang menyusu susu ibu jarang terkena jangkitan penyakit kerana sistem imun badan mereka menjadi lebih kuat.

 

Susu ibu juga mengandungi nutrien tertentu yang amat penting untuk perkembangan otak bayi dan membantu dalam meningkatkan kepintaran bayi. Dua kajian Cambridge di England dan Flinders Australia telah membuktikan bayi yang menyusu susu ibu, mempunyai kecerdasan IQ mencecah tahap 7 hingga 10 mata melebihi IQ biasa.

 

Selain itu, pemberian susu ibu juga memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak kerana sewaktu menyusu bayi, bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi.

 

Untuk anak pertama, admin telah berjaya menyusukan sehingga 2 tahun. Sehingga sekarang usianya nak masuk 2 tahun setengah pun masih lagi menyusu. Alhamdulillah…

 

Dan untuk membakar lagi semangat ibu-ibu untuk menyusukan anak masing-masing, admin lampirkan keratan akhbar berikut. Semoga ibu-ibu yang sedang berusaha untuk memberikan susu ibu kepada anak masing-masing diberikan rezeki yang berlipat kali ganda. InsyaAllah…

 

IMG_4249

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s