7 Bahaya Kurang Air Dalam Badan

Ramai mengetahui akan kepentingan air dalam tubuh dan juga masih ramai yang memandang remeh akan perkara ini. Air sangat penting untuk kesihatan tubuh badan anda. Kekurangan air dalam badan bukan sahaja akan memberi kesan kepada buah pinggang, malah terdapat pelbagai lagi masalah kesihatan yang akan timbul.

Antaranya adalah :-

  1. Kehilangan garam dan cairan tubuh
    • Kekurangan air akan menyebabkan tubuh kekurangan garam dan cairan tubuh. Tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik tanpa kadar cairan dan garam yang mencukupi. Akibat kekurangan garam ini, mulut dan bibir anda sering menjadi kering dan mata terasa kering dan pedih.
  2. Keletihan
    • Jika anda sering merasa keletihan walaupun tidak melakukan apa-apa pekerjaan, ia adalah petanda badan anda kekurangan air. Dehidrasi sedang berlaku dan disebabkan itu anda berasa amat letih dan mengantuk. Ini kerana jaringan dan sel dalam tubuh tidak mendapat air yang mencukupi dan penambahan enzim menjadi amat lambat hingga mencegah tubuh menjadi lebih aktif dan produktif. Malah anda akan kerap menguap dan tidak bermaya. Jadi, jangan terus tidur sebaliknya segera minum air.
  3. Masalah pencernaan
    • Kurang air juga akan menganggu sistem pencernaan. Air diperlukan oleh tubuh untuk menghadam makanan yang masuk dan seterusnya mengeluarkan makanan yang tidak dapat dicernakan. Kekurangan air untuk menghadam makanan akan menjadi racun dalam tubuh seterusnya boleh menyebabkan masalah sakit perut, kembung perut, mual dan sebagainya.
  4. Jangkitan salur kencing
    • Petanda jangkitan salur kencing adalah sakit ketika membuang air kecil, sakit pada bahagian punggung, urin akan menjadi keruh ataupun paling teruk urin mengandungi darah. Ia juga sering dipanggil kencing kotor. Apabila ini terjadi, tingkatkan pengambilan air putih.
  5. Penambahan berat badan
    • Kekurangan cairan dalam badan akan memberi kesan kepada tahap metabolisme badan. Kadar metabolisme badan akan menurun sekaligus memberi kesan kepada penambahan berat badan.
  6. Kekejangan otot
    • Kejang otot juga boleh terjadi apabila badan kekurangan air. Otot akan menjadi lebih sensitif dan mudah menjadi kejang.
  7. Meningkatkan tekanan darah
    • Ketika sel tubuh mengalami kekurangan air, tubuh akan memberi isyarat pada otak untuk mengeluarkan zat kimia yang bernama vasopressin. Zat ini akan menyebabkan penyempitan pembuluh darah dan meningkatkan tekanan darah anda. Cegah daripada ini terjadi dengan memastikan bekalan air untuk tubuh anda sentiasa mencukupi.

 

Perkara-perkara diatas boleh diatasi dengan mengambil air yang mencukupi setiap hari. Cara yang paling mudah untuk mendapatkan sumber air adalah dengan meminum air putih. Terdapat pelbagai manfaat air putih yang akan anda perolehi.

Baca 11 Manfaat Minum Air Putih.

 

bawah-post-performance-drink

 

Kredit
1) Majalah wanita

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s