Pengalaman Trying To Conceive (TTC)

img_1263

Lama tak menggunakan ayat ni. Trying to conceive. Kalau ingat semula saat-saat ni memang menguji kesabaran. Lebih kurang 4 tahun saya dan suami serius berTTC. Lama kan… Tak lama sebenarnya. Sebab ada lagi yang lebih lama. Tapi, lama atau tak bukan ukuran. Yang penting usaha. Macam-macam kami usaha dan macam-macam kami lalui. Tapi tahu tak? Di  saat nampak double line hilang segala duka yang kami lalui sebelum tu.

Saya nak share sikit apa yang kami buat dalam tempoh berTTC dulu. Saya juga ada menulis di blog personal saya tapi agak panjang pulak ceritanya. Ye lah masa tu menulis ketika sedang berTTC. Moodnya lain sikit. Walaupun kita cuba berfikiran positif, tapi akan ada waktu kita akan jatuh tergolek dari landasan. Tapi kalau nak baca sila klik link ini. –> 5 tahun dan trying to conceive

Di sini, saya make it short. Straight to the point.

Dalam tempoh berTTC, antara apa yang saya dan suami cuba adalah :

  1. Berurut. Saya lah yang berurut tu. Pantang dengar tempat berurut yang bagus kami akan pergi tak kira lah kat mana pun. Saya pernah berurut di Bukit Tinggi, Sumatera juga tau. Jauh tak? Tapi berurut di sana sebab kebetulan saje sebab kami memang berjalan-jalan di sana waktu tu. Bila pak supir tahu kami belum ada anak, dia cadang kami berurut dengan bidan kat sana. Katanya dah ramai yang dapat anak lepas berurut dengan bidan tu. Kami pun folo je lah. Mana tahu ada rezki kan?

  2. Perubatan Islam. Kadang-kadang makhluk Allah yang satu lagi tu juga boleh menyebabkan kesukaran mengandung. Ini pun banyak tempat juga kami pergi. Di Melaka, Rawang, Darul Shifa’, Kajang dan a few tempat lain.

  3. BBT – tak konsisten.

  4. Ambil pemakanan tambahan/vitamin. Di sini lah perkenalan saya dengan Shaklee. Sebelum tu saya agak susah nak konsisten ambil ubat atau vitamin. Tapi dengan Shaklee saya boleh bertahan. Orang kata serasi.

  5. Berjumpa pakar. To be more specific LPPKN di Jalan Raja Laut. Hasil dari pemeriksaan, yang bermasalah ada saya iaitu tidak subur sebab hormon tak stabil. Saya mempunyai masalah dengan kitaran haid yang tidak teratur. Kitaran haid yang terlalu panjang pada waktu-waktu tertentu menyebabkan hormon tersebut rendah yakni meningkatkan ketidaksuburan dan menyukarkan peratusan kehamilan. Tapi jangan risau, hormon boleh diperbetulkan dengan mengambil pemakanan yang seimbang/berkhasiat dan supplement tambahan. Cuma kita perlu konsisten. Untuk supplement, saya ambil GLA Complex dari Shaklee untuk mengatasi masalah ini dan masalah PMS/senggugut yang saya alami bertahun-tahun.

  6. Mencuba pelbagai petua. Banyak juga petua saya cuba tapi yang saya rasa logik lah. Kadang-kadang ada juga petua yang pelik-pelik. Jadi pandai-pandai la tapis sebelum nak buat.

  7. Jangan stress. Ini lebih kepada si isteri. Sebab stress boleh memberi kesan kepada ketidakstabilan hormon. So, keep calm. Memang kadang-kadang stress dengan orang sekeliling. Saya pun macam tu. Tapi lepas tu cepat-cepat amik mood semula dan letak jauh-jauh stress tu. Biar lah mereka-mereka nak cakap ape.

  8. Jaga makan. Mula makan makanan yang berkhasiat. Elakkan makan  junk food & fast food. Sekali sekala tu boleh la jika betul2 teringin. Sebab kita tak sama seperti orang lain. We are special. Banyak yang kita perlu jaga.

  9. Lakukan sesuatu yang menghiburkan hati. Apa yang menghiburkan hati kami? Travel. Tahun 2013 terutamanya memang banyak kami travel. Saje-saje seronok. Lagipun takde anak lagi kan? Jadi langkah lebih ringan. Sampai saya terfikir dalam hati nasib baik takde anak lagi, kalau tak, susah nak travel.

  10. Rekod kitaran haid. Ini paling penting. Di sinilah kita tahu samada kita subur atau tidak. Kitaran haid yang tetap membantu meningkatkan peluang untuk hamil kerana kita boleh menganggar waktu subur dengan lebih mudah.

Pada awal-awal TTC saya akui saya agak cepat putus asa, sensitif dan stress, tambahan jika ada kata-kata orang sekeliling yang bermacam-macam. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana orang tua saya dan mertua tidak pernah bercakap yang bukan-bukan berkenaan anak dengan kami suami isteri. Suami juga tidak pernah membuatkan saya stress bila berbicara berkenaan anak dan kami sangat enjoy masa-masa kami masih berdua. Sebaliknya, yang banyak memberikan tekanan adalah apabila berada dengan orang sekeliling. Tidak semua begitu tetapi segelintir.

So, orang sekeliling, please jaga lah mulut kita ketika bersama dengan mereka yang belum dikurniakan cahaya mata. Mereka juga ada hati dan perasaan. Nampak je dari luaran senyum ketawa. Tapi adalam hati, mereka je yang tahu. Tak baik kan buat orang sedih, buat orang stress. Kalau tak dapat membantu, diam itu lebih baik.

Selamat berTTC kepada yang berTTC. Semoga apa yang saya kongsikan memberi manfaat. Kenapa saya kongsi cerita ni? Sebab saya juga sedang berTTC untuk kali kedua sekarang ni. Semoga ada rezki kami. Amin…

Salam ceria,
Suriana

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s