Supplement Untuk Menguatkan Antibodi Anak

Setengah tahun pertama yang mencabar

Tahun 2016 agak mencabar bagi kami suami isteri. Bermula bulan Feb hingga bulan Mei, anak kami Umar demam setiap bulan. Sebelum itu kali terakhir dia demam ialah pada bulan Nov sebaik kami pulang dari melancong ke Seoul, Korea Selatan. Perubahan cuaca barangkali.

Mula-mula demam enfluenza B pada bulan Feb, kemudian bulan Mac demam mycoplasma, bulan seterusnya demam biasa, demam cirit birit semua merasa. Memang kami agak keletihan setengah tahun pertama kerana terlalu kerap ke klinik dan hospital hinggakan doktor & kakitangan klinik pun dah kenal kami anak beranak. Bukan tu je, Umar pun bila parking je kereta depan klinik dah menangis sakan. Dia tahu la tu kejap lagi nak jumpa doktor which is orang yang paling dia takut/tak suka. Sampai depan doktor lagi la meronta-ronta nak lari…

Umar Positif Enfluenza B

Mula-mula doktor bagi antibiotik sebab doktor ingat Umar demam biasa. Tapi lepas 3 hari demam masih tak kebah, kami pergi semula ke klinik dan doktor buat ujian enfluenza. Result positif enfluenza B. Saya dah risau dalam kepala ingat enfluenza ingat H1N1. Tapi nasib baik bukan. Oleh sebab dah positif enfluenza B, doktor suggest bagi Umar antivirus which is harga dia RM200 lebih. RM200 lebih hanya untuk beberapa ml. Tapi sebab nak anak cepat sihat kami beli la juga. Lagi satu kami risau sebab demamnya mencecah 40 degree. Apabila makan ubat & antivirus, demam akan surut. Tapi setelah kesan ubat & antivirus habis, badan dia akan panas semula. Begitu lah rutinnya sehingga virus betul-betul hilang.

Sepanjang dia demam tiap-tiap hari mandikan dia dengan air lemon atau Basic H. Basic H juga kami readykan dalam spray supaya mudah nak basahkan kepala dan badan dia in case panas datang lagi. Selain dari daun bunga raya dan asam jawa, Basic H juga cepat sejukkan badan yang panas. Dan yang penting dia tak melekit-lekit, budak-budak pun selesa walaupun demam.

Waktu ni saya juga kena demam enfluenza B berjangkit dengan Umar. Melepek la kami berdua kat rumah. Doktor kata biasanya pesakit enfluenza B akan recover sendiri. Kalau pergi ke klinik doktor akan bagi ubat demam yang biasa saje. Cuma ianya akan ambil masa yang lebih panjang dari demam biasa. Saya sendiri pun ambil masa 5 hari untuk sembuh dari demam. Tapi untuk sembuh simptom-simptomnya ambil masa hingga 2 minggu. Umar pula ambil masa seminggu lebih baru baik demam. Bila baca-baca di internet, rupanya pesakit enfluenza B ni kalau pergi ke hospital akan kena warded. Sebab amat mudah berjangkit. Tapi sebab doktor pun takde cakap perlu ke hospital. Jadi kami berehat di rumah je.

Mycoplasma Pula Menyerang

Dah baik demam enfluenza B, tak sampai sebulan Umar demam lagi. Kali ni demam mycoplasma pulak.

Dan kali ni kami terus ke hospital Az-Zahra sebab risau dia baru je baik demam enfluenza B. Kebetulan klinik pakar kanak-kanak yang biasa kami pergi tutup. Bila doktor tahu Umar baru lepas baik demam enfluenza B, doktor terus buat ujian darah. Sah mycoplasma. Bakteria mycoplasmaEnfluenza B dah takde. Oleh kerana jarak antara demam enfluenza B dan  mycoplasma tak sampai sebulan, doktor suggest Umar masuk wad. Jadi, masuk la wad 3 hari di Hospital Az-Zahra, Bangi. Di hospital masuk antibiotik melalui tangan. Kesian anak mama kena cucuk ditangan. Di rumah pun doktor bekalkan antibiotik lagi sehingga la baik. Meronta-ronta masa kena cucuk & asyik sebut ‘kak’ banyak kali. Nurse pun balas ‘ye…nanti kakak bukak..’.. hihi

Demam biasa, cirit-birit

Tak sampai situ je, lepas dari tu, Umar demam lagi dan lagi. Demam biasa, cirit birit & muntah-muntah juga dia merasa. Memang tak tahan masa tengok dia demam/ tak sihat. Sebab badan dia lemah, tak aktif dan asyik merengek je. Cuti takyah cakap la…Memang kami banyak ambil cuti sebab Umar kerap demam/ tak sihat.

Jalan penyelesaian

Disebabkan risau kesihatan anak yang terlalu kerap tak sihat, terlalu kerap ambil antibiotik, cuti pula dah tinggal separuh, maka kami sama-sama fikirkan jalan penyelesaian.

  • Pindah taska
    • Pilihan yang ini agak sukar nak dilaksanakan sebab anak kami bukan jenis yang mudah nak dekat orang luar. Masa mula-mula hantar ke taska umurnya sudah 1 tahun lebih. Jadi, dia ambil masa sehingga 6 bulan untuk dia rasa selesa dengan persekitaran taska/cikgu. Setiap hari hantar menangis. Jadi apabila dia dah okey dengan cikgu, kami taknak dia mengalami ketidakselesaan seperti sebelum ni.
  • Mama berhenti kerja
    • Yang ini juga bukan pilihan terbaik kami buat masa ini. Sumber kewangan kami masih belum kukuh dan masih ada hutang yang kami perlu jelaskan. Saya taknak membebankan suami seorang menanggungnya.
  • Supplement
    • Ini pilihan yang terbaik yang kami fikirkan.
    • Mealshakes & Vita-lea for ChildrenSebelum ni kami dah beri tapi tak konsisten dan most of the time jarang beri. Jadi selepas dia demam pada bulan Mei, kami konsisten beri dia kedua-dua Mealshakes & Vita-lea for Children setiap hari. Biasanya kami campurkan Mealshakes ke dalam susunya. Vita-lea pula biasanya dia kunyah je.
    • Qaseh Gold Junior & Caliph. Disamping itu, kami berikan juga Qaseh Gold Junior atau Caliph. Actually kami rotate antara dua produk ni. Kedua-dua produk ini ada madu & kurma. Kami pilih produk ni sebab anak kami taknak makan madu original & kurma. Kalau beri kurma dia rasa sikit kemudian dia buang. Begitu juga madu, sangat susah nak bagi dia minum. Oleh kerana Qaseh Gold Junior & Caliph dia boleh terima, kami teruskan beri dia produk ini.
    • Yakult. Kami juga berikan Yakult pada dia setiap hari. Yogurt atau minuman yogurt adalah minuman probiotik yang baik. Bagus untuk penjagaan usus. Setiap kali ke klinik jika terkena jangkitan cirit birit/muntah2, biasanya doktor akan bagi probiotik. Jadi since kami tahu Yakult adalah minuman probiotik, kami pilih Yakult. Rasa juga sedap. Sekurang-kurangnya, bila amalkan minuman probiotik ini, dapat mengelakkan dia dari mudah terkena jangkitan.
    • Omega Guard. Omega Guard adalah minyak ikan terbaik dari Shaklee. Antara fungsinya untuk meningkatkan imunisasi & untuk perkembangan otak kanak-kanak yang sihat. Juga bagus untuk kanak-kanak yang kerap selsema, batuk & asma. Biasa kami masukkan dalam makanan dia atau dalam bancuhan susu.
    • Nutriferon. Kami berikan Nutriferon masa dia kurang sihat. Terutama ketika selsema, batuk dan demam. Kalau dia sihat biasanya kami tak beri. Nutriferon ini kami campurkan juga ke dalam susunya.
  • Kurangkan melawat/berjalan ke tempat-tempat yang ramai orang
    • Kami kurangkan bawa dia ke tempat-tempat yang ramai orang terutama pasaraya dan tempat permainan indoor. Kerana kebanyakan kes jangkitan, selain dari taska adalah pasaraya dan tempat permainan. Jika pergi ke pasaraya pula, kami tidak lagi meletakkan Umar di dalam trolly. Sebaliknya letak dia dalam stroller dia sendiri.
    • Disamping tu, kami bawa juga tisu basah. Jika dia terpegang apa-apa yang dicurigai kami akan cepat-cepat sapu dengan tisu basah. Kalau dah bawa anak-anak keluar memang susah nak bagi dia duduk diam dalam stoller je. Sampai masa dia dah bosan, dia menangis nak berjalan sendiri. Jadi kebarangkalian untuk dia pegang macam-macam permukaan atau benda sangat tinggi. Jadi tisu basah sangat membantu.
  • Kaedah Steaming
    • Setelah tengok banyak review yang bagus berkenaan kaedah steaming ni, kami cuba juga kepada anak kami. Kami cuba masa dia demam dan juga selsema & batuk yang kuat. Biasanya saya letak 3 kapsul habbatusauda keluaran Halagel, 3 tablet Garlic Complex keluaran Shaklee dan juga 3 biji bawang putih original. Biasanya lepas steaming, demam, selsema dan batuk beransur pulih. Saya gunakan bawang putih kerana bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang terbaik. Begitu juga dengan habbatusauda yang dikatakan nabi ubat segala penyakit kecuali mati. Nak beri anak untuk makan habbatusauda secara terus saya kurang pasti adakah sesuai buat masa ini.

Alhamdulillah

Dari kali terakhir dia demam sehingga kini, kami perhatikan jika dia selsema dan juga batuk, akan cepat sembuh.

Semasa beberapa anak-anak taska yang lain terkena jangkitan HFMD, Alhamdulillah dia tidak kena. Saya bersungguh-sungguh berdoa agar dia tidak terkena jangkitan ini. Ada juga saya terlihat seakan bintik merah di tapak kakinya. Tapi keesokannya ia hilang. Sepanjang waktu itu, saya lebihkan beri Mealshakes, Vita-lea dan Caliph. Saya tambah juga Nutriferon.

Begitu juga ketika ada beberapa anak-anak terkena jangkitan muntah/cirit birit baru-baru ini, dia juga tidak terkena jangkitan. Alhamdulillah, syukur sangat. Pengalaman terkena jangkitan sebelum ni memang memberi kesan. Makan & minum sikit je muntah. Kemudian cirit-birit. Sampai anak jadi fobia nak makan atau minum.

Sehingga saat entry ini ditulis, anak saya pernah demam sekali setelah hampir 4 bulan tidak demam iaitu minggu lepas. Punca demam kami tidak tahu. Sebab tiada kisah anak-anak lain di taska yang demam. Petang hari sebelum dia demam, dia menangis semahunya sehingga muntah-muntah kerana nak naik motor. Tahu-tahu masuk saja waktu magrib badannya dah mula dedar.

Untuk demam dia kali ini, kami lebihkan beri Mealshakes, Vita-lea dan Caliph. Nutriferon juga kami beri. Ubat kami terpaksa juga beri pada keesokan harinya sebab demam sudah melebihi 39 darjah celcius. 2 kali kami beri ubat demam. Kami taknak ada risiko yang lain pula. Kebetulan ada ubat demam yang tidak lagi dibuka. Jadi, kami tidak ke klinik.

Disamping itu, pada waktu malamnya kami buat steaming memandangkan seharian demam on and off. Alhamdulillah, bangun pagi keesokan harinya tidak lagi demam. Sepanjang demam juga dia tidak lembik sebaliknya aktif berlari dan bermain.

Kebetulan lagi 2 hari ayahnya akan outstation yang lama. Tak tahu lah ianya hanya kebetulan atau tidak. Kadang-kadang anak-anak ni ada deria ke enam. Betul tak?…

vita-lea_mealshakes_omega

caliph2

qasehgold_junior

 

yakult

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s