Lempeng Pisang Tanpa Gula

Dah lama teringin nak makan cekodok pisang @ lempeng pisang buatan sendiri. Yang kat kedai biasa dah letak serbuk penaik, kemudian terlebih tepung, tambah gula dan lain-lain. Saya tak berapa suka. Saya suka natural gitu. Tapi kalau tak sempat nak beli pisang dan dah teringin sangat nak makan saya beli jugak. Cuma bila dah beli rasa keras, liat dan takde rasa pisang buat kita rasa kecewa…

So, semalam balik keje saya beli jugak pisang. Balik je rumah terus mengadun bahan-bahan. Bahan-bahan saya cuma dua je…

  1. Pisang (lenyek guna punggung gelas/cawan)
  2. Tepung gandum
  3. Marjerin/butter – pengganti minyak ketika menggoreng (untuk lempeng je. Nak masak cekodok tetap pakai minyak). Masa saya kecil dulu, arwah mak saya guna daun pisang. Adunan lempeng letak di tengah-tengah antara dua daun pisang. Kemudian, letak cerek di atas daun pisang yang bahagian atas semasa masak lempeng. Tak pasti kenapa letak cerek. Mungkin supaya ketebalan lempeng seragam…hehe. Teringin nak buat macam ni tapi tak sempat nak cari daun pisang.

Gaul sampai sebati dua bahan tu. Untuk rasa yang lembut, tepung jangan banyak sangat. Resepi saya untuk cekodok dan lempeng sama je. Kalau terlebih tepung, nanti cekodok/lempeng akan jadi keras. Gula tak perlu sebab rasa manis pisang lagi sedap!

Dan hasilnya…

img_5704

img_5705

Serius sedap. Kalau tambah kelapa parut pun ok jugak. Makan masa masih panas lagi sedap & terasa kenikmatannya.

P/S : Nak masak pastikan api jangan besar supaya tak hangus. Tapi kadang yang ada hangus sikit2 lagi sedap…hihi

Advertisements

2 thoughts on “Lempeng Pisang Tanpa Gula

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s