Tips Mengelakkan Anak Sembelit

tips-mengelakkan-anak-sembelit

Syukur pada Allah S.W.T sehingga ke hari ini (2 tahun 3 bulan), anak saya Umar tidak mempunyai masalah untuk membuang air besar. Pernah la saya nampak dia sedikit meneran dari biasa, tapi setakat itu sahaja. Bila lihat najisnya bukanlah kategori keras. Jadi bila mendengar kawan-kawan taska anak saya ada yang kena sembelit sampai menangis rasa macam kesian sangat. Ye lah, sedangkan kita yang dewasa kalau kena sembelit pun seksa nak mengeluarkan najis yang keras inikan pula kanak-kanak yang masih kecil. Tak terbayang seksanya.

Di sini saya nak share sikit apa yang saya beri @ buat pada anak saya untuk mengelakkan dia sembelit :-

  1. Memberinya susu ibu
    • Ini yang paling penting. Sudah tentu susu ibu adalah yang terbaik buat anak kita. Saya berusaha keras untuk memberikan anak saya susu ibu sekurang-kurangnya sehingga usianya 2 tahun. Bayi yang menyusu susu ibu selalunya tidak mempunyai masalah sembelit walaupun tidak membuang air besar setiap hari. Anak saya pernah tidak membuang air besar hampir 1 minggu, tetapi alhamdulillah najisnya tidak keras.
  2. Memberinya makan sesuai dengan usia
    • Waktu yang sesuai untuk memberi makanan pejal kepada si comel adalah ketika usianya 6 bulan. Saya cuba kaedah cuba & jaya dalam memberi makanan untuk anak saya. Diawal-awal pemberian makanan pejal saya berikan puri buah-buahan seperti pear, epal, pisang. Pada hari pertama pemberian, saya beri dia sehari sekali sahaja makanan pejal dan selebihnya susu ibu. Kemudian hari demi hari saya tingkatkan pemberian bergantung pada najis bayi.
  3. Biasakan dan galakkan anak minum air putih
    • Bayi yang telah masuk umur 6 bulan sudah boleh minum air putih. Tapi pastikan air putih yang bersih dan telah dimasak. Galakkan anak meminum air  putih untuk mengelakkannya sembelit disamping mengekalkan hidrasi pada tubuh anak.
  4. Perhatikan bentuk najis anak
    • Biasanya saya akan pantau jarak anak membuang air besar dan keadaan najis anak. Ini kerana apabila bayi sudah mula memakan makanan pejal, terdapat risiko bayi sembelit jika pemberian tidak dikawal. Apabila saya perasan anak saya sudah dua @ tiga hari tidak membuang air besar saya akan mengurangkan makanan pejal sebaliknya memberinya lebih susu ibu dan air putih.
  5. Urut perut anak
    • Kadangkala saya urut perut anak saya supaya memudahkannya untuk melancarkan pembuangan air besar.
  6. Memberinya susu kambing
    • Sebagai alternatif kepada susu ibu, saya memberikan anak saya susu kambing. Susu kambing mempunyai saiz molekul yang halus dan mempunyai komposisi yang hampir sama dengan susu ibu. Jadi ia lebih mudah dicerna berbanding susu lembu. Susu kambing yang saya beri untuk anak saya adalah Susu Kambing Wildan Asli @ Susu Kambing Lazz Kurma. Ditambahkan lagi tiada gula tambahan berbanding susu formula biasa membuatkan susu kambing ini menjadi pilihan saya.
  7. Memberinya Mealshakes
    • Apabila anak semakin membesar, dia akan lebih kerap memakan makanan pejal dan keras seperti biskut, kerepek dan lain-lain. Apabila saya mula memberinya Mealshakes disebabkan dia kerap demam sebelum ini, Mealshakes juga membantu mengelakkan najisnya menjadi keras dan menjadikan proses pembuangan lebih lancar.

Beginilah cara saya untuk mengelakkan anak terkena sembelit. Dan Alhamdulillah sehingga umurnya sekarang, anak saya tidak pernah mengalami kesukaran dalam membuang air besar. Diharapkan perkongsian saya pada kali ini dapat membantu ibu-ibu @ bapa-bapa dalam mengatasi anak yang kerap sembelit.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s