Perbezaan Shaklee

Masa mula-mula saya ambil GLA Complex, saya tidaklah betul-betul mendalami kelebihan Shaklee atau produk Shaklee pun. Apa yang saya cari adalah apa yang saya perlu untuk memperbaiki masalah haid saya yang tidak teratur dan hormon saya yang tidak stabil seterusnya meningkatkan peluang untuk saya mendapatkan cahaya mata. Yang saya tahu Shaklee ni produk yang dah lama berada di pasaran Malaysia & apa yang saya nak ada pada Shaklee. Masa tu saya tahu saya perlukan Vitamin E, Vitamin C, Vitamin B dan Primrose Oil untuk mengatasi masalah saya. Tapi Shaklee takde Primrose Oil, Shaklee ada GLA Complex yang diextract daripada Borage Oil. Borage Oil berfungsi lebih baik daripada Primrose Oil, jadi saya bersetuju untuk menggunakan Shaklee atas saranan sahabat-sahabat saya yang sama-sama belajar di UPM dulu.

Tapi bagi yang nak tahu apakah perbezaan Shaklee dengan produk-produk lain yang berada di pasaran, saya sertakan sedikit info yang akan membantu semua untuk memahami serba sedikit tentang Shaklee dan apakah yang membezakan Shaklee dengan produk-produk lain yang berada di pasaran.

  • Shaklee telah melaburkan lebih USD250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk.
  • Shaklee juga menjalankan 350 ujian bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti produk serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan setiap tahun.
  • Shaklee hanya memilih bahan semula jadi paling asli dan paling tulen dalam ramuan produk-produk Shaklee.
  • Produk Shaklee tidak mengandungi sebarang bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam produk pesaing.
  • Shaklee bekerjasama dengan ahli toksikologi bagi mengembangkan senarai bahan kimia yang berpotensi berbahaya kepada manusia dan sentiasa mengemaskini senarai ini bagi memastikan bahan-bahan kimia ini tidak mencemari sebarang produk Shaklee.

perbezaan_shaklee1

Jaminan Keberkesanan Mutu dan Kualiti Produk
Setiap produk Shaklee samada bahan-bahannya, ketulenan, keselamatan dan keberkesanan pada setiap produk nutrisi, pencuci rumah dan produk penjagaan kecantikan peribadi adalah dijamin 100% selamat dan semulajadi.

Kajian Klinikal
Di Shaklee, penyelidikan saintifik telah menjadi sebahagian daripada strategi korporat selama lebih daripada 30 tahun. Komitmen Shaklee dalam menjalankan penyelidikan saintifik dan klinikal inilah telah membezakan Shaklee daripada persaingan dan telah melahirkan lebih 1000 laporan saintifik – diterbitkan untuk jurnal saintifik bagi rujukan para saintis yang mengiktiraf produk Shaklee selamat digunakan dan berkesan.

Sentiasa Berkesan
Pemilihan bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen serta terbukti dari kajian sains dan makmal yang terdapat pada lebih daripada 100 bahan kajian penerbitan telah membuktikan produk Shaklee berkesan. Hasil Kajian Landmark yang telah dilakukan pada tahun 2007 menunjukkan mereka yang mengambil suplemen Shaklee selama lebih 20 tahun mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil suplemen lain ataupun mereka yang tidak mengambil suplemen langsung.

Dibawah adalah senarai individu yang terlibat di dalam kajian klinikal yang telah dijalankan.

list_of_prof_klinikal_testing
Nutrition Journal 2007, 6:30doi:10.1186/1475-2891-6-30. Diterbitkan pada 24 Oktober 2007

proven_by_science

Sentiasa Mesra Alam
Shaklee menjadi syarikat yang diiktiraf Climate Neutral™ yang pertama di dunia pada tahun 2000 kerana berjaya mengimbangi pelepasan karbon dalam setiap aktiviti bagi menjana impak sifar bersih terhadap alam sekitar.

Selain daripada itu, mereka-mereka yang hebat seperti penjelajah bertaraf dunia dan atlet juga merupakan pengguna tegar produk Shaklee telah memenangi lebih daripada 100 medal emas, perak dan gangsa. Ia membuktikan komitmen Shaklee dalam menyediakan produk yang benar-benar berkesan. Atlet terhebat, ahli sukan Olimpik dan pengembara dunia mengakui kehebatan suplemen Shaklee dalam memberi tenaga dan membantu mereka memperolehi pencapaian luarbiasa.

shaklee_guaranteed

shaklee_difference

Kata-kata Dr Shaklee
Memandangkan manusia adalah sebahagian daripada isi alam, sudah tentulah kewujudan kita juga amat bergantung kepada produk berasaskan alam semulajadi.

Salam Aidiladha,
Suriana

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s