Virus Zika, Gejala & Perlindungan

Pertama kali dengar tentang Zika, apa yang saya tau ia boleh mengakibatkan kepala bayi yang dikandung menjadi kecil. Bermaksud berlaku masalah perkembangan otak pada bayi. Memang membimbangkan… sampai timbul perasaan takut untuk mengandung. Pada masa itu tiada lagi kes Zika di Malaysia. Kebanyakan kes Zika adalah di negara selatan Amerika. Zika boleh dijangkiti oleh mereka yang digigit oleh nyamuk Aedes dan boleh disebarkan melalui hubungan kelamin dengan pesakit Zika.

Awal September baru-baru ni, Zika telahpun sampai di Malaysia. Kes pertama Zika di Malaysia dijangkiti oleh rakyat Malaysia yang baru pulang dari melawat anaknya di Singapura. Berusia 58 tahun. Anaknya juga dikatakan dijangkiti virus yang sama.

Boleh refer link ini >> http://www.astroawani.com/berita-malaysia/zika-masuk-malaysia-wanita-klang-sah-dijangkiti-kes-pertama-di-negara-ini-115624

Manakala di Singapura pula, kes Zika sudah meningkat kepada lebih 150 setakat ini. Jadi, buat masa ini, tangguhkan dahulu jika ada lawatan ke Singapura.

Boleh refer di sini >> http://www.astroawani.com/berita-dunia/kes-zika-di-singapura-meningkat-ke-151-wanita-hamil-kedua-dijangkiti-115684

Paling ditakuti jika ia menjangkiti ibu yang sedang hamil kerana virus ini boleh disebarkan kepada anak yang dikandung seterusnya boleh mengakibatkan sindrom Microcephaly pada bayi. Microcephaly adalah satu keadaan di mana kepala bayi lebih kecil dari saiz yang sepatutnya disebabkan oleh masalah perkembangan otak bayi sejak dari dalam kandungan ataupun selepas bayi dilahirkan. Terdapat beberapa punca kepada masalah Microcephaly ini dan virus Zika adalah salah satu daripadanya. Di dalam kes Zika yang telah menjangkiti ibu yang hamil, dibimbangi, ia akan mengakibatkan sindrom Microcephaly ini kepada bayi yang dikandung. Menakutkan bukan?

Jadi, ambil masa kita untuk baca dan hadamkan maklumat yang diberi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini. Mari kita sama-sama pastikan persekitaran yang bersih dan selamat supaya nyamuk Aedes tidak dapat membiak seterusnya menghalang jangkitan virus Zika ini.

image

Boleh baca juga maklumat daripada laman web Astro Awani dibawah.

http://www.astroawani.com/gaya-hidup/5-perkara-penting-anda-perlu-tahu-berkenaan-virus-zika-91425

Semoga Allah S.W.T memelihara kita semua dari virus ini. Amin…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s