11 Manfaat Minum Air Putih

Lately, saya jarang minum air putih di ofis. Bukan tak suka, tapi penapis air di ofis ada problem sikit, yang satu ada habuk & satu lagi dalam penapis ada lumut. Memang rasa kembang tekak nak minum. Tapi kadang-kadang dah takde pilihan minum jugak. Nak tahan 9 jam tak minum air jenuh juga kan… takut kena sakit lain pulak nanti. So, alternatif lain kadang-kadang saya bawa air putih dari rumah. Tapi setakat 1 liter boleh la…sebab pergi keje naik motor…bawa beg, baju hujan untuk 2 orang, beg anak ke taska lagi dah penuh.

Mungkin ramai yang tahu dan ada juga yang tak tau, air putih adalah penting untuk tubuh badan kita dan perlu diambil setiap hari. Anggaran mudah kadar minima pengambilan air mengikut individu adalah 1 liter air untuk setiap 25kg berat badan seseorang individu. Contoh, jika berat badan kita adalah 50kg, kita perlu minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Mudah je kan anggarannya…

Jom tengok manfaat yang kita perolehi dari amalan minum air putih :-

  • Menghilangkan dahaga dan dehidrasi
  • Mengawal kalori dan menurunkan berat badan
  • Menjaga kebersihan gigi dan mulut
  • Melancarkan sistem percernaan
  • Memelihara fungsi buah pinggang
  • Terapi untuk pelbagai penyakit
  • Mengurangi risiko kanser
  • Ubat semula jadi untuk sakit kepala
  • Menjadikan kulit lebih halus dan mulus
  • Membantu mengeluarkan toksin dalam badan
  • Memberikan tenaga dan meningkatkan produktiviti

Jadi, jom biasa-biasakan diri minum air putih. Jika sebelum ini, anda kurang minum air putih, ubah habit anda dan mulakannya sekarang. Terlalu banyak manfaat kesihatan yang diperolehi dengan amalan ini. Pastikan anda minum air putih yang suci dan bersih ye…

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s