Terima Kasih Pakcik Teksi…

2 hari lepas saya menaiki teksi seorang pakcik berbangsa Cina dari ofis ke Menara TM, Jalan Pantai Baru. Ada urusan kerja. 5 minit pertama kami tak berborak apapun. Selepas tu baru saya bertanya dia tinggal di mana. Katanya di Puchong, belakang Tesco. Saya katakan yang saya tinggal berdekatan Pasar Borong Selangor, Equine. Dia pun kata ok. Kemudian kami diam.

Pada masa tu fikiran menerawang apa saya nak share untuk entri blog saya. Tiba-tiba dia bersuara. Dia bercerita jiran rumahnya baru berusia 30an telah meninggal dunia akibat kanser hati tahap 4. Isteri jirannya begitu sedih diatas pemergian suaminya. Saya bersimpati. Saya faham perasaan seorang isteri yang kehilangan suami yang disayangi. Kehilangan tempat bergantung jika isteri tidak bekerja. Mungkin juga mengenangkan anak-anak yang tidak lagi dapat bermanja dengan ayah. Saya tidak bertanya samada mereka mempunyai anak atau tidak. Kerana saya akan cepat sebak apabila mendengar berita sedih berkenaan kanak-kanak. Sebak hingga kadang-kadang sakit dada saya.

Tengah saya berfikir-fikir (berfikir lelaki itu atau isterinya mungkin sebaya saya), pakcik teksi menambah, makan mesti selalu dijaga. Jangan selalu makan di luar kerana kita tidak tahu apa bahan-bahan yang digunakan. Rasa sekelepek terkena ke muka saya. Kerana sejak akhir-akhir ini kami selalu makan diluar. Tambahnya lagi, sebelum nak masak sayur terutama kailan basuh paling kurang 4 kali sebelum dimasak kerana sayur-sayur ini telah disembut dengan racun untuk memastikan daunnya cantik tidak dimakan ulat. Jangan selalu makan makanan segera, kerana tidak baik untuk kesihatan. Saya mengiyakan. Semua katanya betul.

Borak punya borak sampai terlepas flyover. Jadi dia terpaksa U-turn. Dia meminta maaf kepada saya dan berjanji akan menolak duit teksi untuk lebihan kilometer. Saya cakap takpe la pakcik, saya boleh claim. Walau biasanya saya tak akan claim. Saya tak sampai hati nak tolak harga yang tertera di meter teksi. Dia tak sengaja. Mungkin sebahagian dari rezki saya ada bahagian dia. Berkali-kali dia ucapkan terima kasih dan berikan kepada saya 2 helai resit kosong suruh saya tulis sendiri.

Walaupun sedikit yang dia kongsikan dengan saya. Tapi kesannya hingga ke hari ini. Saya teringat-ingat pesannya. Kadang kita sudah tau keburukan sesuatu benda, tetapi sering juga buat hingga memerlukan orang lain untuk mengingatkan kita.

Terima kasih pakcik kerana mengingatkan saya. Semoga pakcik dapat lebih ramai pelanggan/penumpang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s