Hari ke 8 Si Manja Tanpa Gadget

Hari ni masuk hari ke 8 si manja kami tanpa gadget… Alhamdulillah berjaya juga melepasi hari ke 7. Kami buat keputusan ini memandangkan dia semakin obses dgn gadget lebih kurang sebulan yg lalu. Apabila nampak je phone/ipad, mesti nak tengok cerita kesukaan dia. Dan dia dah pandai buka youtube sendiri. Kalau kita tak bagi dia akan menangis sampai berguling-guling. Walaupun tv dah buka cerita yang sama. Tapi nak juga tengok guna skrin yang kecik tu. Dan lagi dia dah pandai cari phone dalam beg mak dia. Omg…we have to stop this before it become worse!

Dulu ya kami berikan phone/ipad untuk dia senyap tak kacau orang dalam flight kalau kami travel. Tapi bila benda dah ada, kita akan guna at any time. Dan bila dah selalu, sampai at one time, dia sendiri akan jadi addicted. Sampai ke tahap ini, we knew it is wrong. Ia perlu dihentikan.

Ini kali ke 2 kami mencuba. Percubaan pertama hanya berjaya untuk 2 hari, selepas tu kembali seperti biasa. Kemudian, kami cuba kali kedua dan Alhamdulillah bertahan sehingga seminggu. Satu pencapaian yang baik bagi kami. 😉

Mudah-mudahan akan bertahan lama. Yang penting dia tak menjadikan gadget sebagai teman setia.

Apa yang kami buat untuk mengelakkan dia teringat gadget adalah :-

  1. Kami akan letak gadget baik phone/ipad ke tepi sesampai di rumah. Simpan la diceruk mana sekali pun asalkan tidak mudah dilihat oleh si manja. Pegang phone setelah dia tidur atau jika ada hal penting saja, dan itupun kena sorok2. Jika terkantoi, kami cuba alihkan perhatian dia pada benda lain sehingga dia lupa. Yang ini paling berkesan. Sebab bila dia tak nampak dia tak akan minta nak tengok. (Tp kami perasan si manja kami seperti mencari2 sesuatu dalam 2 hari pertama, tp hari2 seterusnya dah ok)
  2. Melayan si manja melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti main bersama-sama dengannya. Kami belikan beberapa jenis mainan supaya dia tak bosan. Apa je mainan mak ayah kena join sama. Sebab sejak akhir2 ini si manja kami takmau main sorang2. Bila kita join sekali dia rasa seronok. Bila dia seronok & gembira dia akan lupa yg lain.
  3. Melakukan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti keliling taman naik motor(ini dah jadi perkara wajib setiap hari lepas balik taska…Kalau tak cukup puas pun nangis jugak taknak masuk rumah…tp takpe la…nangis yg ni ok lagi). Kemudian, bawa dia pergi ke taman permainan dan jalan2 berdekatan rumah.
  4. Berikan dia buku bergambar supaya dia boleh tukar-tukar dengan mainan. Supaya dia tak bosan.
  5. Biarkan dia join kami bila buat keje2 rumah dan jangan marah dia jika dia join sekali ‘mengemas’. Memang akan jadi ‘never ending job’ kalau dia join sekaki. Tapi ia jauh lebih bagus dari berikan dia gadget.

Setakat ni, inilah yang kami lakukan. Kalau ada masa lapang nak bawa dia ke pantai pulak. InsyaAllah. Supaya lebih banyak aktiviti dia boleh buat dia akan jadi lebih seronok. Tanpa gadget memang akan membuatkan kerja ibu bapa bertambah. Lebih banyak benda perlu dikemas, nak masak pun akan ada penonton siap minta dukung nak tengok goreng ikan dalam kuali (tak dapat tengok nangis), kerja yang ambil masa sekejap akan jadi lebih panjang, kita akan rasa lebih penat, ayah nak memerut pun kena tahan sebab nak bawa anak jalan2 (😂), tapi jika itu yang terbaik untuk anak-anak, nikmatilah saat itu. Kerana membesarkan anak hanya sekali, dan satu hari nanti bila dia dah besar, ia akan jadi moment yang paling bahagia bila kita ingat2 kembali.
imageimage

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s