Hilangkan Gegata Dengan Herbal Blend

Apakah gegata?

Gegata adalah bengkak-bengkak seperti gigitan nyamuk dan merata di bahagian kulit yang terlibat . Kita akan merasa tersangatlah gatal dan merenyam. Ini istilah saya… (^_^)
Sila klik sini untuk lebih penjelasan dari Dr Zubaidi.

*****

Siapa yang pernah kena gegata? Saya mula kena gegata masa umur saya 14 tahun. Apabila kena gegata yang teruk, saya perlu mendapatkan suntikan di klinik atau hospital. Gegata akan surut selepas beberapa jam mengambil suntikan. Kadang-kadang seharian baru surut. Kali terakhir saya kena gegata seingat saya ketika zaman universiti. Sudah hampir 10 tahun juga (Oh sudah tua rupanya diri ini!). Bukan saya sahaja dalam keluarga yang selalu kena gegata. Kakak saya dan anak-anak saudara saya juga ada alahan ini. (Keturunan ke? Saya tak pasti…)

Baru-baru ni, anak saya pulak tak semena-mena kena gegata. Sejak dia lahir tak pernah lagi kena. Saya harap itulah kali pertama dan terakhir. Kesian tengok dia menggaru-garu kegatalan. Itu belum lagi dia merengek-rengek sebab tak tahan. :: kesian anak mama ::

Terlihat saja gegata yang penuh di bahagian perut dia, saya jadi panic. Terus teringat kisah saya yang kena gegata sehingga kena ambil suntikan… Oh tidak… Saya taknak anak saya sampai ambil suntikan.

Tengah-tengah berfikir apa nak buat, saya teringat Herbal Blend yang memang ada di rumah. Saya fikir, kalau Herbal Blend boleh disapu ketika terkena gigitan nyamuk, mengapa tidak saya mencuba  kepada anak saya? Jadi, saya ambil Herbal Blend dan sapu ke keseluruhan badan anak saya yang terkena gegata.

Setelah selesai sapu, saya masukkan baju anak saya ke dalam seluarnya untuk mengelakkan dia dari terus menggaru. Ini kerana, kesan garuan juga akan membuatkan gegata bertambah teruk. Pada awal-awal sapuan, dia masih lagi cuba menggaru-garu di atas baju. Tapi selepas beberapa minit nampak dia semakin kurang menggaru dan sudah boleh bermain. Kemudian, saya tidurkan dia.

Selepas 3 jam tidur, dia bangun, saya check semula gegata tadi. Apa yang saya lihat sangat menggembirakan hati saya. Gegata sudah hilang! Alhamdulillah… tak perlu ke klinik!

Dibawah adalah gambar sebelum dan selepas.

umar_gegata

Sejak hari itu, Herbal Blend termasuk dalam first aid saya. Must have item. Sekurang-kurangnya jika terjadi lagi, saya sudah tahu nak buat apa & bagaimana. Jika dah sapu pun, masih tak okey jugak, then terpaksa jugalah ke klinik atau hospital.

herbal_blend

Tapi Alhamdulillah, sejak hari tu, tiada lagi gegata setakat ini. Walau apapun, saya telah bersiap sedia… (^_^)

Jika anda belum ada Herbal Blend ini, anda patut mendapatkannya. Jika sudah ada, pastikan ianya termasuk dalam first aid anda. Jika anda baru nak mencuba/mendapatkannya, sila-sila lah hubungi saya. Saya sedia membantu anda :-

☎ Sms/WhatsApp : 013-2061810 (Suriana)
Your Shaklee Independent Distributor

Advertisements

One thought on “Hilangkan Gegata Dengan Herbal Blend

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s