Bahayanya Darah Tinggi

Pagi Ahad lepas, sebaik bangun dari tidur, saat melihat waktu di telefon, saya terpandang satu mesej di whatsapp. Seseorang yang saya tak simpan nombornya. Selepas solat Subuh saya buka mesej tersebut. Tengok waktu hantar whatsapp pukul 2.00 pagi. Orang ini mengenali saya tapi bila lihat gambarnya di Whatsapp, saya tak dapat recall siapa. Tanya punya tanya, rupanya dia rakan sekolah rendah saya dan duduk satu kampung. Dah lama tak contact. Balik kampung juga jarang jumpa. Sejak tukar-tukar telefon, banyak nombor yang hilang.

Ada berita yang agak mengejutkan saya dari dia. Setelah bertanya khabar, saya dapat tau suaminya tidak sihat. Telah 2 tahun lebih sakit, pendarahan otak akibat darah tinggi. Sudah operate separuh kepala dan sebahagian kepala dikeluarkan tempurung. Suaminya ada kencing manis, ada sawan semenjak operation di kepala, dan juga pendarahan di kepala (mungkin kerana operation. saya tidak pasti kerana segan untuk bertanya lebih). Suaminya hanya terbaring. Minum susu menggunakan tiub. Katanya, suaminya masih tidak sedar cuma mata saja celik (saya tak pasti maksudnya di sini). Kini, dia menjaga suaminya 24 jam. Anak-anak hantar ke kampung sebab mereka kerap berulang alik ke hospital. Sejak sakit suaminya resign notis 24 jam. Dan mereka menyara hidup dengan pencen ilat suaminya.

Sebelum ini, saya ada share satu video berkenaan pesakit darah tinggi yang telah menghampiri paras bahaya dan jika dibiarkan boleh mengancam nyawanya (klik sini). Semasa membuat post tersebut, saya tidak menyangka sakit darah tinggi ini benar-benar boleh mengancam nyawa. Ini kerana ayah saya juga pengidap darah tinggi. Bila dia makan ubat dia akan ok. Jadi, saya fikir sakit darah tinggi hanya sampai di situ.

Saya simpati dengannya. Dan pada masa yang sama saya bersyukur kerana Allah masih mengurniakan kesihatan tubuh badan kepada saya dan suami serta anak. Jika dulu, saya pernah merasa kekurangan, lemah semangat kerana tidak lambat dikurniakan zuriat. Tapi hakikatnya lagi ramai mereka-mereka yang diuji Allah dengan ujian yang lebih berat tetapi mereka sabar. Setiap manusia masing-masing ada ujian yang Allah berikan. Hatta sihat, harta kekayaan, anak yang ramai juga ujian. Hanya manusia yang mentafsirkan ianya kelebihan atau kekurangan baginya. Walau apapun tafsiran manusia, hakikatnya tetap satu, harus bersyukur kerana ianya pemberian dari Allah S.W.T, tuhan pencipta alam semesta.

Walau hanya bersembang di whatsapp, saya dapat rasa dia seorang yang tabah dan kuat. Semoga dia sabar dan tabah mengharungi ujian Allah ini, teruskan usaha untuk memulihkan suaminya dan semoga suaminya akan sembuh suatu hari nanti… Amin…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s