Tips Urus Anak Sambil Bisnes Online

WAHM memang menjadi impian saya dari sebelum saya berkahwin lagi. It was almost 10 years ago. Dan saya masih menyimpan angan-angan tu. Tambahan bila dah ada anak niat tu semakin kuat menerjah hati dan fikiran saya.

Saya percaya ramai mama-mama kat luar sana yang punya impian macam saya. Tapi kita sering dengar kata-kata bahawa duduk di rumah lagi penat dari kerja di luar. Mungkin ada benarnya. Tapi berbaloi kot kalau penat pun, sebab anak-anak membesar di depan mata, pada masa sama punya lebih masa dengan keluarga, dapat menjana pendapatan sendiri dari rumah. Waktu siang pun boleh join kuliah agama untuk muslimat. Berapa manfaat yang kita dapat?

1. Anak-anak membesar di depan mata
2. Punya lebih banyak masa dengan keluarga
3. Ada pendapatan sendiri
4. Ilmu bertambah, plus kawan-kawan pun bertambah
5. Dll

Dapat buat ni pun dah cukup buat saya. Tapi mesti ada yang fikir macamana nak bisnes dari rumah dengan anak-anak ada sekali. Even saya pun terfikir benda yang sama. Kita tak sempat buka laptop anak-anak dah conquer dulu. Phone/Ipad/tab mama tak sempat nak pegang pun dalam sehari tu. Ramai wanita yang mulakan bisnes especially secara online dan mereka dah berjaya. Mereka juga ada anak-anak. Bukan 1 atau 2, mungkin lebih lagi. Bagaimana mereka memastikan mereka boleh buat bisnes dan pada masa yang sama anak-anak tak kacau? Apa nak buat dengan anak-anak agar tak berebut-rebut iphone/ipad/tab dengan kita?

Anak saya yang baru 9 bulan pun dah pandai suka tengok smart phone. So, dah start kena bagi mainan alternatif untuk alih pandangan dia. Dan kena belajar macamana nak tackle dia supaya masa untuk kita ‘bekerja’ tidak terganggu tapi pada masa yang sama kita tak mengabaikan anak-anak.

Saya dah dengar video kat bawah ni. Jom sama-sama dengar dan praktis… 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s