9 Kelebihan GET CLEAN® WATER PITCHER

Mesti ramai yang nak tahu kelebihan GET CLEAN® WATER PITCHER ni kan. Ini memang salah satu produk favourite saya. Kalau boleh ke mana-mana saya pergi saya nak bawa. Biasanya kalau kami sekeluarga travel dalam negara ataupun balik ke kampung saya akan bawa sekali. Nak travel ke luar negara pun boleh bawa juga terutama jika pergi ke negara-negara yang kurang bekalan air bersih. Yang penting kita dapat sumber air yang bersih dan selamat untuk diminum. Jimat kos juga tau, sebab tak perlu beli air mineral lagi.

Bagaimana kami sekeluarga terjebak menggunakan GET CLEAN® WATER PITCHER ni adalah setelah susah sangat nak dapatkan orang untuk menyelenggarakan penapis air di rumah saya. Sebelum ni kami gunakan penapis air salah satu jenama yang dikenali juga la di Malaysia. Bila disemak harga untuk buat penyelenggaraan agak mahal dan boleh beli penapis baru, kami pun buat keputusan beli penapis baru. Bila tengok pula Shaklee ada portable Water Pitcher merangkap penapis air kami terus beli yang ni je. Memang budget kami bawah RM500 dan yang boleh diselenggara sendiri.

Itu lah serba sedikit kisah kami sekeluarga dengan GET CLEAN® WATER PITCHER.

Seterusnya, saya nak share 9 kelebihan GET CLEAN® WATER PITCHER ini pula. Kelebihan-kelebihan tersebut adalah :-

Diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air @ Water Quality Association(WQA)
WQA adalah satu badan bebas yang berpengkalan di USA yang memberikan kelulusan pada produk rawatan air minuman, yang hanya diberikan selepas ujian makmal yang ketat, kajian literatur dan penilaian bahan-bahan telah selesai. Untuk maklumat lebih lanjut boleh kunjungi website WQA sendiri.

Mudah dipasang
Hanya pasang sendiri sahaja. Caranya memang sangat senang dan cepat. Baca sekali lalu saje arahan dah boleh buat. Tak perlu lagi nak panggil ajen atau orang lain untuk pasangkan. Anak-anak yang baru sekolah rendah pun insyaAllah dapat pasang dengan mudah.

Ringan dan Mudah Alih
Hanya sebesar jag elektrik biasa sahaja. Boleh dibawa ke mana-mana jika perlu travel atau balik ke kampung. Sewaktu menapis air boleh diletakkan di mana-mana ruang di dalam rumah hatta di luar rumah pun boleh kalau tengah membersihkan halaman rumah. Takde  masalah.

Tidak perlu lekat pada paip
Yang ini memang benar. Ia seperti jag minuman kita yang biasa dirumah. Tak perlu dilekatkan pada paip.

Tidak perlu kuasa elektrik
Ia juga tidak perlukan kuasa elektrik.

Tidak perlu diselenggara
Ini yang suka tentang GET CLEAN® WATER PITCHER ni. Ia tidak perlu diselenggara yakni bermakna tidak ada kos penyelenggaraan. Apabila jangka hayat penapis telah habis atau penapis tidak boleh lagi menapis hanya tukar dengan yang baru. Nak tukar yang baru pun sangat la senang dan tak perlukan pihak ke tiga lagi. Berapa pula kos filter baru? Hanya RM161 untuk 3pack filter. Average 1 filter hanyalah RM54 sahaja. Dan setiap filter mampu menapis sehingga 303 liter air.

Mengurangkan klorin
Disahkan berkesan mengurangkan klorin. Disebabkan ini, ia dapat membantu mengurangkan ancaman kesihatan akibat bahan sampingan klorin!

Mengurangkan plumbum, kadmium, merkuri dan bahan cemar berbahaya
Disahkan berkesan mengurangkan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang bermanfaat!

Jimat kos
Disahkan berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap blok penapis. Bukan saje jimat kos, malah jimat masa dan jimat tenaga juga.

Dibawah ini saya lampirkan sekali sijil yang dianugerahkan oleh Water Quality Association(WQA) untuk produk Water Pitcher ini. InsyaAllah tak menyesal beli.

water_pitcher_poster

WQA cert

Kini, air yang lebih bersih dan sihat tersedia untuk 365 hari.

Dapatkan terus GET CLEAN® WATER PITCHER anda hari ini

beli_sekarang_button2

Ataupun

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan membuat tempahan terlebih dahulu , sila hubungi :-
☎ Call/Sms/WhatApp : 013-2061810 (Suriana)
Pengedar Shaklee Anda

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s