Perokok Tegar Berjaya Berhenti Merokok

Perokok Tegar

Abang ini mula merokok sejak usia 14 tahun. Dan dia kini bebas dari rokok sejak setahun yang lalu. Apa rahsia dia sehingga boleh bebas dari rokok? Jom tonton video ni. Perokok tegar ni bukannya taknak berhenti merokok. Cuma mungkin ada sebab-sebab tertentu seperti abang ni. Apa yang penting niat murni tu ada dan berubahlah untuk mereka-mereka yang disayangi di sekeliling anda dan mereka-mereka yang menyayangi anda. InsyaAllah anda pasti boleh!

 

Selagi Ada Waktu/Usia

Berubahlah selagi ada waktu, selagi ada usia kita, selagi ada usia mereka-mereka yang kita sayangi. Entah esok lusa kita atau mereka akan pergi menemui Yang Maha Pencipta. Ahli keluarga kita adalah pinjaman yang Allah S.W.T beri kepada kita. Badan kita ni juga adalah pinjaman dari Allah S.W.T. Wajib ke atas kita menjaga kedua-duanya dengan baik. Ini amanah. Tapi kalau kita dah merosakkannya, apa kita nak jawab dengan Allah S.W.T? Allah S.W.T dah bagi pinjam, bagi hirup udara, bagi nikmat macam-macam, tapi Allah S.W.T suruh kita jaga diri kita sendiri pun kita tidak mahu (bukan tak mampu tau, tak mampu lain). Masih belum terlambat untuk berubah…

Saya sedih mengenangkan mereka-mereka yang merokok terutama perokok tegar. Betapa mereka tidak sedar setiap sedutan rokok tu sesungguhnya memusnahkan sel-sel yang ada dalam badan mereka. Cukuplah dengan sebatang rokok. Apatah lagi jika sekotak, berkotak-kotak dan sudah bertahun… Ataupun mereka sedar tapi rasa nikmat? Tak guna rasa nikmat jika akhirnya merosakkan tubuh badan. Dan yang paling penting apa nak jawab dengan Allah S.W.T nanti… Sudah bersediakah kita?

Jom tonton apa abang ni nak cakap… 🙂

**************************

Dibawah ni pula, adalah perbandingan paru-paru antara perokok dan bukan perokok. Yang mana nampak cantik? Anda boleh bezakan sendiri dan saya tak perlu beritahu yang mana satu paru-paru perokok dan yang bukan perokok…

lung - smokers lung - nonsmokers

Nak tengok video pula, sila klik kat link ni :-

http://www.dailymail.co.uk/health/article-2734814/Watch-Video-reveals-smoking-REALLY-does-lungs-cigarettes-make-breath.html#v-3749381410001

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s