Shaklee Dalam Harian Metro Hari Ini…

#Copy & Paste From Harian Metro # 🙂

Kuala Lumpur

Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd (Shaklee) optimis mencatatkan pertumbuhan perolehan sebanyak 50 peratus tahun ini berbanding RM400 juta yang dicatatkan pada tahun lalu bersandarkan pelaksanaan kempen kesedaran produk kepada penggguna dan membuka peluang perniagaan kepada orang ramai.

Shaklee adalah produk makanan tambahan serta barangan keperluan pengguna yang mengguna pakai platform pamasaran secara langsung dan ketika ini terdapat antara satu hingga 1.5 peratus penduduk Malaysia menjadi pengedar produk berkenaan.

Presidennya, Victor Lim berkata, Shaklee adalah produk berasal dari Amerika Syarikat yang mempunyai cawangan di seluruh dunia dan Malaysia menjadi penyumbang keempat terbesar ke atas perolehan keseluruhan globalnya.

Beliau berkata, ketika ini terdapat lebih 50 produk Shaklee berada di Malaysia terdiri daripada pelbagai segmen kegunaan antaranya bagi meningkatkan tenaga ketika bersukan, kecantikan tubuh badan dan nutrisi kesihatan.

“Tahun ini, kami tidak bercadang untuk memperkenalkan sebarang produk baru tetapi lebih kepada kempen iaitu Kesan Shaklee Kepada Kehidupan bagi membolehkan orang ramai mengetahui keberkesanan penggunaan produk kami serta membantu melahirkan lebih ramai usahawan baru dalam perniagaan jualan langsung.

“Walaupun terdapat pelbagai spekulasi dalam penurunan jualan produk berikutan pelaksanaan Cukai barangan dan Perkhidmatan (GST), kami tidak merasakan ia akan berlaku dalam segmen kesihatan atau makanan tambahan kerana ia satu keperluan pengguna untuk menjalani kehidupan seharian,” katanya kepada Bisnes Metro semalam.

Menerusi pengenalan kempen itu, Shaklee optimis mampu mencatatkan 50 peratus peningkatan pengedarnya tahun ini terutama di kalangan mereka yang berusia 25 hingga 40 tahun.

VICTOR menunjukkan sebahagian produk Shaklee yang dijual di Malaysia
VICTOR menunjukkan sebahagian produk Shaklee yang dijual di Malaysia

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/37678#sthash.vigXGKBz.dpuf

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s