365 Tip Sihat Gaya Rasulullah

365Toha-380x569

Saya suka baca buku ni… I think everyone or every family should has one at home. Mengajar kita untuk tampil sihat mengikut gaya Rasulullah S.A.W …

Saya suka prakata penulis yang ditulis dalam buku ni yang berbunyi :-

“Allah mencipta manusia dalam bentuk yang sempurna. Dia mewujudkan mekanisme unik dan automatik dalam diri manusia yang menyebabkan manusia dapat hidup di muka bumi dengan segala potensi dan kemampuannya. Apabila dikaji daripada segi kesihatan, badan manusia sememangnya diberikan ketahanan semula jadi yang membolehkannya meneutralkan ancaman yang datang dari persekitaran. Namun begitu, gaya hidup manusia mengganggu keseimbangan yang Allah berikan. Sebenarnya, kebanyakan penyakit berlaku disebabkan kesan kerosakan yang dilakukan oleh manusia sendiri. Manusia perlu menginsafi hakikat ini.

Nabi Muhammad menunjukkan banyak teladan kepada seluruh umat manusia termasuk umat dunia timur dan barat mengenai cara menjalani kehidupan yang sihat. Nabi mengajar sikap mental dan fizikal yang dapat meningkatkan kesihatan badan secara holistik. Selain mempunyai jiwa dan minda yang sihaat, nabi juga memiliki stamina yang optimum. Rekod mengatakan sepanjang hidupnya, nabi hanya pernah sakit sebanyak dua kali. Salah satu daripadanya adalah sakit yang membawa kematiannya.

Gaya hidup nabi adalah gaya hidup sihat. Ini terserlah melalui cara nabi makan, jenis makanan yang dipilih, cara nabi menjaga kebersihan dan penampilan, minat bersenam dan cara nabi membentuk minda dan jiwanya. Kajian perubatan mutakhir ini jelas menunjukkan semua perkara yang terkandung dalam ajarannya menjurus ke arah kehidupan yang sihat.”

Juga dimaklumkan saranan yang terdapat dalam buku ini adalah hasil kajian daripada hadis-hadis Nabi Muhammad, petua pengamal perubatan Islam terkenal, petua para ahli herba, hasil kajian daripada pusat kajian di seluruh dunia dan pengalaman penulis sendiri sebagai doktor.

Tak rugi beli…RM10.90 je…saya bukan promoter tau…saje nak share ilmu yang sangat berguna ni… (*_^)

Wassalam…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s