5 Langkah Kurangkan GOUT

5 langkah kurangkan gout

Gout memang menyakitkan. Ayah saya sendiri seorang pengidap gout. Apabila gout menyerang, kawasan yang diserang gout akan merah dan bengkak. Pergerakan pesakit juga terbatas kerana setiap pergerakan akan menambahkan rasa sakit pada bahagian tersebut.

Cuba amalkan 5 langkah berikut untuk kurangkan gout :-

1. Kekalkan Hidrasi

Badan manusia memerlukan air untuk mengepam toksin dalam badan dan membawa  nutrien kepada sel tubuh. Dalam kes berkaitan gout, asid urik yang berlebihan akan membina sendi yang menyebabkan serangan penyakit itu dikumuhkan dalam air kencing. Jadi, apabila tubuh terhidrat, ia mampu mengusir asid urik dengan kerap kencing supaya ia tidak akan terkumpul di dalam sendi.

2. Elak Beli Ubat Gout Di Kaunter

Ada beberapa jenis ubat-ubatan gout yang perlu dielakkan. Paling lazim dijual ialah aspirin dan diuretik iaitu ubat membantu membuang air daripada badan. Aspirin dikesan boleh menyebabkan paras asid urik dalam badan menjadi tinggi dan menyebabkan lebih banyak serangan gout. Diuretik pula berfungsi membuang air daripada badan.

3. Makan Secara Sihat

Makan dengan betul. Minum banyak air kerana ia sangat penting untuk pesakit gout. Ada diet khas untuk pesakit gout yang boleh mengurangkan beberapa jenis makanan yang mengandungi purina kerana bahan itu dipecahkan oleh badan sekali gus menyebabkan tahap asid urik meningkat.

4. Mengekalkan Berat Badan

Satu perkara penting bagi pesakit gout ialah mengekalkan berat badan. Jika gagal, ia menyebabkan jumlah asid urik dalam badan juga meningkat. Lakukan juga senaman sederhana.

5. Rehat

Tidur merupakan cara pemulihan yang terbaik untuk tubuh. Mendapatkan rehat yang cukup adalah penting bagi pesakit gout kerana apabila tekanan meningkat ia akan membawa kepada lebih banyak serangan penyakit itu.

Sumber : Majalah Wanita

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s