Perlu ke Ambil Vitamin?

Dulu saya sering tertanya-tanya perlu ke ambil vitamin/suplemen? Ramai yang cakap mak ayah kita, atok nenek kita dulu tak makan vitamin pun ok je. Elok je hidup sihat aman harmoni… Saya pun fikir macam tu jugak dulu. Tapi…
  • Tapi… bila saya rewind balik zaman saya kecil /zaman sekolah, saya selalu berangan nak jadi tinggi sebab saya ni tak tinggi orangnya. Siap berdoa setiap kali solat minta nak jadi tinggi macam sorang kawan tu. Tapi tak tinggi-tinggi jugak. Lepas tu rasa sedih sangat sebab doa tak makbul. Kelakar bila ingat-ingat balik… (^_^).
  • Lepas tu, saya teringat arwah mak saya selalu sakit gigi. Gigi arwah banyak yang gugur dan rosak. Waktu tu saya tertanya-tanya kenapa boleh jadi macam tu. Nak tolong pun tak reti. Tapi sekarang saya dah tau sebabnya. Emak saya melahirkan 10 orang anak & menyusukan setiap anaknya kecuali yang sulung sebab meninggal sebelum dilahirkan. Jika bekalan kalsium untuk dirinya tak mencukupi, kalsium akan diambil dari tulangnya untuk diberikan pada anak-anaknya. Sebab tu, wanita gigi cepat rosak dan selalu sakit-sakit badan/tulang sebab kurangnya kalsium meningkatkan risiko tulang rompong dan rapuh(esteoporosis).
  • Kemudian, saya selalu jugak perasan arwah mak saya selalu sakit. Dia pula jenis yang tak suka pergi ke hospital. Setiap kali sakit berubat kampung. Bila dah kerap sakit di tempat yang sama dan tak check di hospital, sakit tu makin lama memakan diri. Mak saya ditakdirkan umur tak panjang. Dia meninggal masa umur saya 14 tahun. Sebab tu bila terbaca kisah anak-anak yatim piatu hati saya cepat sebak. Teringat kembali saat-saat ditinggalkan ibu walaupun masa tu saya dah agak besar juga tapi hakikatnya masih memerlukan seorang ibu untuk bermanja, merasa masakan ibu dan berkongsi cerita suka duka…orait stop! sebab saya dah mula nangis… (-_-)
  • Ayah saya dan arwah mak saya kedua-duanya ada darah tinggi. Ayah saya selalu ke klinik ambil ubat sebab dia seorang yang disiplin. Kalau tak sihat, pergi ke klinik amik ubat dan akan makan ubat ikut aturan. Itulah ayah saya yang dikasihi. Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, ayah saya kena gout pulak. Setiap kali melihat ayah saya ambil ubat, terpaksa menahan sakit sebab gout dan kerap ambil suntikan, saya jadi risau kerana saya tau pengambilan ubat yang kerap akan ada kesan sampingan yang lain.
Tapi sekarang baru saya faham, semua yang ceritakan diatas, boleh dikurangkan dengan pengambilan vitamin/pemakanan tambahan. Sebab makanan yang kita ambil tidak semestinya mencukupi untuk keperluan sebenar tubuh badan kita. Apabila tak cukup, badan rasa tak sihat, timbul penyakit itu, timbul penyakit ini dan lain-lain kesan lagi. Itu belum lagi dicampurkan dengan cara hidup kita yang kadangkala tak terjaga. Makan tak tentu, rehat tak cukup, kerja shift, kerap makan makanan segera dan sebagainya.
set_vitamin
Kalau nak tahu samada kita perlukan vitamin ataupun tidak, boleh semak senarai dibawah. Inilah antara sebab-sebab mengapa zaman sekarang ni setiap rakyat Malaysia perlu ambil vitamin/suplemen. Jangan ikut orang dan jangan menafikan jika orang lain nak ambil vitamin untuk diri mereka dan keluarga mereka kerana :-
  1. Tubuh kita memerlukan dos yang lebih tinggi untuk sesetengah vitamin yang mana makanan yang diambil seharian tidak membekalkan dos yang cukup.
  2. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang mungkin ditanam di atas tanah yang kurang subur dan dibubuh baja kimia dan racun.
  3. Anda mungkin kerap makan di luar, yang anda tidak ketahui campuran kandungan masakannya yang mungkin meletakkan perasa makanan tertentu yang tidak baik untuk kesihatan.
  4. Berkurangnya zat makanan semasa proses penyimpanan dan memasak.
  5. Pengambilan pil dan ubatan kimia yang mengganggu penyerapan zat makanan.
  6. Pengambilan makanan harian yang tidak seimbang
  7. Pekerjaan anda yang banyak “STRESS
  8. Anda kerap dijangkiti demam dan jangkitan-jangkitan yang lain.

Semua perkara diatas adalah apa yang terjadi dalam kehidupan kita pada hari ini. Dalam kehidupan yang serba moden dengan pelbagai teknologi terkini, semua perkara menuntut kita menjadi lebih pantas. Ditambah lagi tuntutan kerja yang tak dapat dielakkan, kita sering mengabaikan kesihatan sendiri, makanan yang kita makan tidak kita hiraukan dari mana sumbernya asalkan perut terisi. Rehat pula tidak mencukupi dan pelbagai lagi ragam kehidupan yang menuntut kita mengorbankan keperluan diri masing-masing.

Nak dapatkan vitamin/suplemen yang dijamin selamat, berkesan dan sentiasa mesra alam?

Hubungi saya, 0132061810(Sue)
Pengedar Shaklee Anda

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s