Apa Itu Vitamin

Kita selalu mendengar perkataan vitamin dan kepentingan vitamin. Tapi tahukah kita apa itu vitamin? Berikut adalah definisi vitamin :

Vitamin adalah sebatian organik yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk mengekalkan kehidupan. Kita mendapat vitamin dari makanan, kerana badan manusia sama ada tidak dapat menghasilkannya dengan cukup, atau tidak dapat menghasilkannya langsung. Suatu sebatian organik mengandungi karbon. Apabila organisma (benda yang hidup) tidak boleh menghasilkan dengan cukup sejenis bahan kimia organik yang diperlukan dalam jumlah yang kecil, dan perlu mendapatkan ia daripada makanan, ia dipanggil vitamin.
sumber:http://www.medicalnewstoday.com/articles/195878.php

lecithin

Vitamin adalah bahan organik bukan kimia yang diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang kecil untuk menyelenggara fungsi metabolisma yang normal. Ia tidak dihasilkan di dalam tubuh, oleh itu, ia perlu diambil dari sumber luar. Diet seimbang yang merangkumi keempat-empat kumpulan makanan(bijirin, daging, hasil tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran) adalah mencukupi untuk membekalkan sumber vitamin dan mineral untuk keperluan tubuh.

Apakah Pemakanan Seimbang?
Mengikut sumber terbaru dari U.S Food and Drug Administration, makanan seimbang mestilah mengandungi :-

~> 6-11 hidangan daripada kumpulan roti, bijirin, pasta dan nasi
~> 3-5 hidangan dari kumpulan sayuran hijau
~> 2-4 hidangan dari kumpulan buah-buahan
~> 2-3 hidangan dari kumpulan daging, ayam, ikan, telur dan kekacang
~> 2-3 hidangan dari kumpulan hasilan tenusu iaitu susu, keju dan dadih
~> Lemak dan minyak hendaklah diambil sedikit yang mungkin
sumber:http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_kosmik.php?Id=493

Vitamin adalah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah yang kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat dan lemak dalam badan. Sesetengah vitamin membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.
sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Vitamin

Vitamin terbahagi kepada dua iaitu Vitamin Larut Lemak dan Vitamin Larut Air.

Vitamin Larut Lemak
Vitamin larut lemak disimpan dalam tisu lemak badan kita dan juga hati. Vitamin larut lemak lebih mudah untuk disimpan berbanding vitamin larut air dan boleh kekal di dalam badan untuk beberapa hari, bahkan sebahagian daripada mereka untuk beberapa bulan.

Contoh Vitamin Larut Lemak dan fungsinya 
Vitamin A : Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.

Vitamin D : Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.

Vitamin E : Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

Vitamin K : Bagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.


Vitamin Larut Air
Vitamin yang perlu diambil harian kerana ia tidak dapat disimpan di dalam badan untuk tempoh yang lama dan akan dibuang melalui air kencing. Ia perlu diambil lebih kerap berbanding vitamin larut lemak.
 
Contoh Vitamin Larut Air dan fungsinya 
Vitamin C : Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.

Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12)Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.

Banyak lagi website/buku berkaitan kesihatan yang boleh kita rujuk untuk tahu lebih detail berkenaan dengan vitamin-vitamin ini. Boleh google.

Jadi, boleh bayangkan tak jika kita kekurangan vitamin tertentu seperti diatas? Bagi mereka yang memilih dalam soal makanan seperti tidak lalu makan sayur, ikan, daging dan sebagainya, pengambilan vitamin(as pemakanan tambahan) akan membantu tubuh berfungsi secara normal. Cuma, janganlah terlalu bergantung kepada vitamin-vitamin ini semata-mata kerana ia bukanlah pengganti kepada makanan anda. Pada masa yang sama kita perlu ubah tabiat pemakanan supaya mengambil makanan yang seimbang.Sekian sharing untuk kali ini… jumpa lagi ye… (*_*)

Suriana Talib
Shaklee Independent Distributor (ID : 909720)
013-2061810 (sms/whatsapp/call) | ssuriana@hotmail.com.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s